"Cemburu yang datang itu, cuba kau hancurkan dengan kepuraan?"
Aku tahu, aku faham betapa sakitnya perasaan cemburu. Sakitnya bagaikan ditoreh berulang kali. Tapi, macam mana nak hilangkan kesan parut cemburu tu?
Berpura-pura.
Ya, berpura-pura pada diri sendiri, kosongkan fikiran. Ini mungkin cara paling susah untuk atasi cemburu. Mula-mula mungkin sukar nak ikhlaskan perasaan tu, tapi cubalah berpura-pura dengan hati sendiri. Abaikan saja. Bila cemburu datang mengetuk fikiran kau, biarkan saja. Jangan layan desakan hati tu. Lama-lama, perasaan kau akan kebal terhadap kejahatan cemburu itu.
Kadang-kadang, kita rasa cemburu tu macam kawan tak diundang yang sentiasa datang tanpa dipinta. Apa yang kau boleh buat? Kadang-kadang, cara terbaik adalah dengan menghadapi perasaan itu dan cuba belajar dari situ. Jangan terlalu keras pada diri sendiri. Cemburu itu normal, cuma jangan biarkan ia menguasai hidup engkau.
Mungkin cara ini nampak hipokrit. Pembuat cemburu tu mungkin tak sedar pun apa yang kau rasa. Tapi, apa je yang kau boleh buat kalau komunikasi takkan berlaku? Kalau kau dah cuba berterus-terang tapi tetap tak ada persefahaman, mungkin memang lebih baik kau fokus pada diri sendiri dan kesihatan mental kau.
Sekurang-kurangnya dengan berpura-pura ni, kau boleh padamkan perasaan cemburu tu. Ia buatkan kau tawar hati dan tak mahu bertolak ansur lagi dengan penyebab cemburu tu. Berpura-pura bukan bermaksud kau tipu diri sendiri, tapi lebih kepada cara untuk melindungi diri daripada rasa sakit yang berterusan.
Selain tu, cubalah cari aktiviti yang boleh buat kau bahagia. Contoh, hobi? Atau buat apa-apa aktiviti yang boleh alihkan perhatian kau dari perasaan cemburu tu. Bila kau sibuk dengan benda yang kau suka, cemburu tu mungkin akan berkurang dengan sendirinya.
Sekurang-kurangnya hati kau jadi lebih kuat. Tiada lagi yang boleh buat kau rasa menderita. Kau perlu ingat, hidup ni bukan hanya tentang cemburu atau hubungan yang rumit. Ada banyak benda lain yang boleh kau hargai dan nikmati.
Untuk sesiapa yang tak setuju dengan cara hipokrit ni, aku faham. Tak semua orang boleh buat macam ini. Setiap orang, setiap kisah, perasaan, hati, dan percintaan ada cerita sendiri. Ini cerita aku—cerita yang mungkin tak pernah mengalami pengalaman serius. (Kena gelak kat diri sendiri sikit.)
Dulu, aku pernah cemburu. Cemburu yang aku tak boleh kawal. Susah nak luahkan. Ceritakan kisah cemburu yang sebenarnya cuma perasaanku yang mengada-ngada. Setiap kali aku luahkan, mesti ada perselisihan faham. Lama-lama hubungan tu jadi toksik. Kedua-dua pihak tak faham perspektif masing-masing.
Mungkin dulu aku tak pandai berkomunikasi. Atau mungkin sebab aku masih muda?
Sekian dari Sofia, si hipokrit cemburu.
Cemburu? Apa tu?
Post a Comment