Detik ItuNampaknya masing-masing berangkat kaki,
tetapi aku pula hala tuju pun tidak tahu,
tanpa sedar aku memintas langkah mereka,
aku yang tidak mengerti menurut sahaja.Bunyi tapak kasut berladam itu,
irama itu menggangguku,
dalam diam menggamit perasaanku,
detik itu baru aku tahu.
Melihat mereka ketawa histeris,
sepatah apa pun aku tidak mengerti,
berdiri dan berdiam di sisi,
detik itu dia bukan asing lagi kini.
Subscribe to:
Comments (Atom)
Social Icons