Cengkaman rindu menjerut hati rapuhku,tidak aku ingini ia muncul,tidak aku mampu menolehkannya,lubuk hati ini jika mampu,mahu aku berdiri di hadapanmu,tuturkan kerinduan yang sedang memuncak.Namun,kaki ini terlalu kaku,lidahku juga terkelu,aku tahu hatiku sudah kamu padamkan,meskipun sebegitu hakikatnya,sukar untuk aku terima.Masihku renung matamu di layar kacaku,biarpun hati ini menangis merindukanmu,tetap aku berdiri disebalik kamu,bersama air mata yang ditemani senyuman,sepastinya kamu tak akan pernah sedari.Aku yang merindukan kamu tanpa sebab,kerana aku tahu,kamu tak akan pernah mengetahui,Betapa mendalam cinta aku,walaupun perasaan ini sebenarnya aku,sedang menidakkan di hadapanmu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

Post a Comment