Sunday, 29 April 2018

Sendu Yang Terpendam

Ketika emosi tidak lagi menyebelahi ketenangan,
Hanya tiupan angin mampu membelai kekusutan,
Ketika gigilan gementar menyelubungi tubuhku,
Hanya air mata yang mampu selindungi maluku.

Sebak di dada kerana tusukan kata yang kejam,
Tak dia hirau, tak juga dia persoalkan mengapa,
Walau lama sudah hati ini telah membengkak,
Tetap dia membisu bagai wujud pun tak pernah.